Saturday 2 February 2013

Selami Hati Mereka

Assalamualaikum,

Mendengar slot 'Islam Agamaku' di radio ikim benar2 membuatkan saya terfikir sumbangan dan tanggungjawab saya kepada newly reverts to Islam. Anda2 sekelian, slot ini ialah slot temubual dengan reverted Muslim, ke udara setiap Khamis jam 5 petang. If you have free time, do listen to this programme. It's really an eye opener!


Kenapa saya cakap macam tu? Ok...pernahkan anda dikelilingi or punyai kenalan yang baru masuk Islam? 

Mendengar slot ini membuat saya terfikir sejauh mana peranan  dan tanggungjawab saya sebagai individu muslim terhadap mereka. Rata2 mereka 'kecewa' dengan sikap kita semua. Ya! Saya memang terkejut dengar 'statement' ni. Tapi inilah luahan hati dari mereka yang patut kita ambil peduli. Kebanyakan kita memang gembira bila dapat tahu kawan/kenalan kita masuk Islam. Tapi memang sampai situ je la kita, tak kemana. Pernahkan kita selami isi hati mereka? Tanya mereka apa yang mereka nak tahu. Selalunya 'warm welcome' kita tu tak menyentuh lubuk hati mereka. Mereka baru dengan Islam, memang perlukan guidance, tak perlu tunggu mereka buka mulut, kitalah sepatutnya yang ambil berat untuk bertanya. Tapi penuh hikmahlah, dan terangkan sedikit demi sedikit. Buat secara santai.

Penuhilah dada kita dengan Ilmu, sekurang-kurangnya boleh menjawab soalan2 mereka dan membimbing mereka cara hidup Islam sebenar. Kalau tak mampu tunjukkanlah akhlak yang baik supaya dapat dijadikan contoh. Tahukah anda ada diantara mereka  yang merasakan Islam itu amat indah, cuma selama ni tak dapat ditemui sebab sikap orang Islam itu sendiri yang mengkaburi keindah Islam. Bila mereka baca/fahami Alquran atau belajar tentang Islam barulah mereka temui jawapannya. 

Jadi sebagai orang Islam, tolong jangan 'kaburkan' keindahan Islam.

'Berdakwah kepada seorang newly reverted/non-muslim mungkin akan mengislamkan 10 atau 100 orang yang lain' itulah kata2 Tuan Haji Muhammad, seorang reverted Muslim dalam slot itu. Ini kerana katanya, mereka ni lebih 
'dekat' dihati dengan non-muslim dikalangan  mereka, mereka lebih tahu isu apakah yg selalu disalah anggap/misinterpret. Mereka faham isunya, kenal hati budinya, maka senang jugalah mereka berdakwah.


Nasihat kepada diri sendiri dan anda semua 'bukalah mata and stop being ignorant'

No comments:

Post a Comment