Tuesday 6 November 2012

Kecewa dan sedih

Assalamualaikum,

Lama juga tak bersiaran ye? Xde idea nak tulis yang bebenornya.

Anyway, tajuk diatas tu gempak je lebih...hik hik. Tapi serius memang KECEWA dan SEDIH dengan layanan pekerja restoran.

Yang jadi cerita nak tulis ni sebab minggu lepas ialah minggu yang saya rajin dine in di restoran, so dari observation yang tak seberapa ni dapatlah disimpulkan seperti dibawah;

Kes 1 : Di restoran yang signature dish nya adalah kek...

Mula2 masuk terus pelayan bagi menu tanpa berkata apa2  dan tanpa tengok muka dan berlalu pergi. (Errr...bukan ke sekurang2nya greet gud morning)..ok fine

Bila dah decide nak order kami pon panggil waiter. Beriya2 lah saya dok order, sikit pun dia tak acknowledge, at least by nodding ke apa ke kan? Not even repeat the order. Jauh sekali nak rekemen makanan apa yang sedap. (Even makanan2 yg diorder tu betul, tapi at least give some courtesy le dik oiiii)

Kiranya macam tak friendly dengan customer. Memang tu bukan company dia, hanya pekerja, tapi tolong la berdedikasi sikit ye...

Kes 2 : Restoran ayam goreng...

Semuanya ok je...nama pun self service kan? Disebabkan sekarang ni dah tak ada sos cili dalam botol, kita kene ambik sendiri letak dalam bekas kecik yang kiut tu. Cuma masa saya pam sos cili tu memang boleh rasa dah tinggal sikit sangat. Dapatlah 4 bekas, jadilah tu kan untuk kami 3 orang ( me, hubby n my sis). So, saya pun beritahu pekerja restoran tu yg sos cili dah habis ( untuk customer lain la)...again, no words, no nodding pekerja tu pun terus berlalu, dan terus refill sos cili tu.

Seriously, rasa macam nak bagi course kat diorang ni pon ada....

Kecewa sebab rakyat Malaysia macam dah 'kurang' mesra dan sedih n lebih kepada simpati kat dorang sebab lack of basic courtesy, yang saya kira dapat refleks n bina sikap positif dalam diri. 

Tuesday 31 July 2012

Satu Hari di Bulan Ramadhan

Pukul 5 petang...


Ilyas : Ibu, saya nak coco crunch with milk.
Yusuf : Saya pun!
Me : Jom ikot ibu pegi dapur, bring your own mangkuk


Di dapur...sambil mendukung baby, ku kaut 1 genggam ke mangkuk Ilyas, 1 genggam ke mangkuk Yusuf, 1-2 butir ke dalam mulutku....krup krap krup krap!!


errrkkkk!!! Alamak, aku pose laaaa....!!! Adeh (tak sengaja takpe kan???...he he), Tu lah, dah biasa sangat wat camtu, padan muko den....

Wednesday 18 July 2012

Chicken Pot Pie ~ Versi segera

Assalamualaikum,


Petang semalam buat chicken pot pie versi simple/segera. Dikatakan segera/simple sebab pakai frankfurter/sosej ayam je. 




Semalam post gambar ni kat fb and ada yang tanya resepi. Saya kongsikan resepi yang mudah ni ye.


Bahan2 : (untuk 4 biji pie)


4 keping puff pastry (square) ~ Saya guna jenama Kawan, gambar disertakan dibawah)
2 batang frankfurter atau burger ayam (saya guna frankfurter ayam Jumbo berlada hitam jenama Ramly, sedap...saya rekemen beli yg ini, try la)
2 ulas bawang putih - diketuk 
1-2 biji russet potato (ikot saiz ye, semalam saya guna 1 biji je sbb saiznya besar-didadu)
2 sudu tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar
3 sudu butter
1 helai daun bay
1 sudu tomato puree (optional ye, sbb semalam saya nak abiskan stok dlm fridge...he he)
5-6 titik worcestershire sauce
3 sudu serbuk keju parmesan
1 biji telur (untuk sapuan)
Salt & pepper


*kalau rajin boleh tambah kacang peas & carrot, ikot suka memasing. Saya punya kosong je semalam..:)




Ini lah rupa puff pastry yang saya guna, boleh dapatkan kat mana2 pasaraya besar.

Caranya :


Masak frankfurter/burger dengan sedikit minyak sehingga agak garing & angkat. Bila dah agak sejuk potong ikot suka rupa bentuknya. Dalam pan yang sama, panaskan butter & belum sempat butter mencair terus masukkan tepung gandum, bawang putih & daun bay. Kacau lebih kurang 1 minit & tuangkan susu segar, worcestershire sauce & tomato puree. Masukkan kentang & frankfurter tadi. Agak kentang dah lembut tambahkan garam & black pepper. Kalau dah cukup rasanya boleh la taburkan serbuk keju parmesan, gaul2 sedikit dan tutup api. Keluarkan/buang bawang putih & daun bay dari pan.


Lupa nak beritahu, bila kita start masak tadi dah boleh keluarkan puff pastry dari freezer.

Saya guna bekas bakar/remekin berdiameter 8cm.


Panaskan oven ke 180degree. Taburkan sedikit tepung diatas puff pastry & pada kayu torak/giling, kasi stemroll sama itu puff pastry, sikit je tau, ala2 manja gitu..he he. Kemudian isi remekin dgn inti tadi sampai 3/4 acuan. Kemudian tutup/tepek puff pastry diatasnya. Lekatkan/picit sedikit hujung pastry ke bahagian luar acuan. Sapu dengan sapuan telur (saya pakai campur kuning dan putih). Masukkan ke dalam oven & bakar. Ikot oven masing2 ye, agak2 dah naik & brown cantik kaler pastry tu kira dah siap la tu...Semalam saya bakar dalam 15 minit.


Sedia dihidang, Selamat mencuba.



Sunday 15 July 2012

Pakai je tudung, tapi...

Tak berapa nak setuju bila orang cakap, 'pakai je tudung tapi...bla bla (perangai tak elok tak elok la). Yang bersalah orang tu bukan tudung tu. Kesian tudung...

Wednesday 11 July 2012

Happy Birthday Yusuf

Yusuf is 5 today!


Lepas nyanyi lagu happy birthday pagi tadi...


Me : Yusuf nak makan apa hari ni? Ibu masak...
Yusuf : Ibu masaklah gingerbread man, saya nak makan gingerbread man!


Boleh gituh! Adeh...dakyah TV, Alton Brown punya pasal.


Tengok2 jugak resepi online, tapi some ingredients x mandang lah pulak di dapur kecilku. Tapi, ini lah pulak jadinya :



Yusuf on the left with his chocolate cake yang tak berapa nak jadi tu :) Yg belah kanan tu Ilyas, my eldest.


Anyway this is my 1st attemp baking chocolate cake. Made chocolate muffin before with the same recipe. Chocolate ganache tak jadi sangat tapi gigih jugak letak kat kek tu...Semanga punya pasal. Ganache tu pun tengok kat youtube. 




Tuesday 3 July 2012

Chicken Varuval ~ Ayam Masak Kari Kering

Assalamualaikum,


Gelombang Masterchef Selebriti melanda! Tetiba teringin nak buat kari tanpa serbuk kari macam cabaran minggu lepas (yang Jehan keluar tu....hu hu!). Belek punya belek buku resepi koleksi tulisan tanganku, tetiba terjumpa resepi ni. Memang tak ingat ambil dari page mana resepi ni dulu. Tapi yang ingat ambil dari page omputeh.




Bahan-bahannya ialah :


1/2 ekor ayam yang dipotong kecil (garam kunyitkan & goreng)
Minyak masak untuk menumis
1 biji tomato ~ diced
1 biji bawang besar ~ kisar/tumbuk
5 ulas bawang putih ~ kisar/tumbuk
2 inci halia ~ kisar/tumbuk
10 tangkai cili kering ~ kisar (Agak kemalasan merebus & blender, maka saya ganti dengan 2 sudu chilli flakes)
3/4 cawan air
Rempah 4 sekawan (Kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
Crushed black pepper 
Garam


Bahan digoreng/tumis 


5 biji cili kering ~ potong 2/3
8-10 biji bawang kecil ~ hiris
5 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
Sedikit minyak untuk menumis



Bahan pes kari

2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
sedikit air untuk membancuh


Caranya :


Tumis bahan yang digoreng dengan minyak dimulakan dengan bawang merah, bila agak kekuningan masukkan cili kering & daun kari, diikuti dengan jintan putih/manis. Bila dah brown sikit2 bawang merah tu bolehlah diangkat. Make sure jintan2 tu tak hangit ye.


Tumiskan rempah 4 serangkai diikuti dengan cili kering, bawang putih, bawang besar & halia yang dikisar tadi. (disebabkan pakai chilli flakes, maka saya kemudiankan chilli flakes tu), bila dah garing masukkan pes kari & kacau2 sehingga pecah minyak. Masukkan air & tomato & biarkan & kacau sekali sekala sehingga agak kering. Tambahkan garam & lada hita. Bila dah mengering boleh masukkan ayam & bahan gorengan tadi (bwg merah/cili kering/daun kari). Kacau2 & terus tutup api.


Sedia dihidang.


Nota : Yang saya buat semalam agak basah kerana dok ralit2 masak tengok jam dah pukul 12  lebih, maka masak dengan segera sebab nak ambil anak2 balik dari sekolah, maka rempah saya x berapa masak/pecah minyak & garing. Kalau boleh, garingkan lagi baru sedap...:)



Tuesday 26 June 2012

Baked Cheesy Beef Pasta

Hari Isnin lepas, kami suami isteri berpuasa. Maka buat resepi ni untuk berbuka.


Bahan2 untuk beef pasta

5 genggam pasta (saya guna elbow pasta-direbus dengan garam & toskan)
200 gm minced beef (Saya guna jenama Ramly) - thaw dulu ye...
1 biji bawang holland - diced
1 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar butter/minyak zaitun
1/2 biji capsicum - diced
6-8 sudu besar tomato puree
1 helai daun bay
2 sudu mixed italian herbs
1 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
1 sudu besar chili flakes (saya pakai 1 peket chili flakes free yang domino's punya :)
3 cawan air
1 sudu gula (ikot suka ye banyaknya)
1 sudu serbuk ayam
Garam & lada hitam (secukup rasa)


Caranya :

Tumis bawang holland dengan butter/minyak zaitun, bila dah agak lutsinar masukkan bawang putih. Tumis sekejap & masukkan minced beef & kacau. Campurkan tomato puree, cili flakes & cumin. tambahkan gula, italian herbs, daun bay, capsicum & air. Renehkan selama 30 minit. Kacau sekali sekala. Masukkan garam & lada hitam & tutup api. Make sure masih berkuah jangan terlalu kering ye. Gaulkan dengan pasta-memang agak basah sebab nanti nak bake pulak.

Bahan2 untuk cheese sauce

3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu segar
3-4 keping sliced cheddar cheese
Secubit lada hitam
Sedikit mozzarella cheese untuk topping nanti

Panaskan butter dlm pan sehingga agak mencair, terus masukkan tepung & kacau lebih kurang 1 minit. Masukkan susu segar. Bila dah menggelegak masukkan cheddar cheese & tutup api bila cheese dissolve. taburkan sedikit lada hitam

Cara bakar 

Masukkan beef pasta yang telah digaul sebati tadi ke dalam bekas bakar & ratakan. Masukkan pula cheese sauce diatasnya & tambahkan dengan mozzarella cheese (ikut suka banyaknya ye). Bakar 180degree selama 1/2 jam.

Sedia dihidang :)











Lemon & Rosemary Roasted Chicken with Macaroni & Cheese

Assalamualaikum,

Petang Khamis lepas buat Ayam Panggang dgn Mac & Cheese untuk berbuka.



Buat untuk makan 2 orang je, anak2 tak makan roasted chicken.

Resepinya kat bawah ni ye...

Untuk Lemon & Rosemary Roasted Chicken

Bahan2 :


1/2 ekor ayam (diambil dari 1 ekor ayam yang dibelah 2)
1 biji perahan lemon
2 sudu herba rosemary (saya pakai dry rosemary, kalau dapat yang fresh lagi ok)
2 sudu madu
2 sudu minyak zaitun
Garam & lada hitam (secukup rasa/ikot suka banyaknya)

Cara :

Bancuh bahan2 kecuali ayam hingga sebati, perapkan ayam dgn bahan tadi & simpan dalam fridge sekurang2nya 3 jam (saya buat hari tu 5 jam).

Keluarkan ayam 1/2 jam sebelum bakar. Selepas itu balutkan ayam dengan aluminium foil. Bakar selama 35 minit pada suhu 200 degree. Keluarkan ayam & buka foil. Sambungkan bakar lagi 10 minit (total 45 minit). Bila nak hidang baru potong 2, untuk kekalkan ke'juicy'annya :).

Anyway, gravy saya buat cara mudah (main tipu :p), pakai mushroom soup je. Bahan2 & caranya ialah :

1 tin sup cendawan (saya guna Campbell)
1 tin air
1/4 botol sos lada hitam (saya guna jenama Puteri)
1 sudu serbuk perasa ayam/kiub ayam

Bancuh bahan diatas didalam periuk & kacau sehingga menggelegak & tutup api. Tada...dah siap!

Untuk Macaroni & Cheese

4 genggam elbow pasta (rebus al dente-dah masak, tapi masih keras/firm dgn garam & toskan)
1/2 liter susu segar
1 cawan cooking cream (kalau takde cooking cream, lebihkan fresh milk)
3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
5 keping cheddar cheese (yg sliced cheese mkn dgn roti tu...)
3 sudu besar grated parmesan cheese

Cairkan butter dlm pan, tak sempat habis mencair terus masukkan tepung, kacau lebih kurang 1 minit (jgn bagi garing ye!), terus masukkan susu segar, janngan berhenti kacau ye. Bila dah menggelegak kecilkan api & masukkan cheddar cheese. Bila dah cair cheese tu tutup api & masukkan elbow pasta yg direbus tadi, taburkan parmesan cheese & kacau hingga cheese mencair. Sedia dihidang.

Selamat mencuba ye!










Friday 8 June 2012

Coretan Pengalaman Hidupku ~ Alhamdulillah, Terima Kasih Allah

Assalamualaikum,


Julai 2009 : Kurasakan gelap dunia ini apabila kami satu department diminta untuk menghadiri satu perjumpaan yang dianjurkan oleh HR syarikat aku bekerja. Berita yang diterima amat memeranjatkan, sungguh sungguh tak terduga, tak ada angin, tak ada ribut.

'We've decided to close down your department...bla bla bla'. lebih kurang macam tu la kata2 Head of HR kami. Tertelan2 air liur jugaklah aku tatkala dengar Head HR tu bagitau. Beliau menegaskan yang ini bukan VSS~Voluntary Separation Scheme but shutting down the department, maknanya kompem2 kene berenti kerja.

Bila balik department, rata2 tak berpuas hati mendapat berita yang ku kira kurang enak itu. Even ada option untuk stay in the company but kena go thru hassle untuk apply vacancy in other department. Itupun kalau dapat.

Dalam hati aku masa tu cuma fikir, padan muka aku, terlalu sangat dalam 'comfort zone'. Kalau tak takkan sampai 13 tahun aku berkhidmat untuk company tu.

Dalam kereta mulut ni pun pok pek citer kat Encik Suami (kalau tak dapat berita cenggini pun slalu gak pok pek citer itu ini pasal customer la, boss la, mujur Encik Suami memang pendengar setia~kesian kene dera. Sori ekkk!)

'Tak apa, duduk je kat rumah, I keje sorang'. Macam tak percaya je dengar keputusan Encik Suami bila dah sampai kat rumah. Di mulut aku mengiyakan je kata2 suami, tapi dalam hati, boleh ke ni?? Siapa nak bayar hutang rumah aku?? Camana dengan pakai/mekap aku, shopping untuk anak2 lagi. (aku memang takleh tengok baju kanak2 yang kiut, misti nak belikan untuk anak2 aku...he he)

Rugilah aku!!!!!


Present Day : Alhamdulillah, terima kasih Allah. Sesungguhnya aku beruntung sebab tidak bekerja. Beruntung sebab ada masa nak merenung & mengenal fitrah sebenar hidup. Setiap hari aku belajar. Bila kita tak bekerja, fikiran kita sebenarnya lebih banyak fikir tentang tujuan hidup. Bila kita bekerja pulak, kepala ni dok asyik fikir target/bonus/fi'il rakan sepejabat/customer, so takde masa langsung untuk melihat benda2 tersembunyi macam ni. Seolah2 kita ni milik company. Bukan milik Allah.

Aku untung sebab Allah bagi aku masa untuk ikuti majlis2 ilmu sungguhpun melalui TV. Banyak benda yang aku belajar. Kalau dulu ada jugak kadang2 tengok program agama tapi tak lekat dalam hati. Ku akui hati ini lebih lembut sekarang berbanding dulu. Dah tak beli novel tapi hati ini tertarik nak baca buku2 ilmiah/keagamaan.

Seperkara lagi, aku untung sebab Allah jauhkan aku dari maksiat mulut/mata/telinga. Allah tahu kelemahan aku, setidak2nya Allah hijabkan aku dari bergelumang dengan maksiat mulut/telinga/mata ni. Ampun maaf dipinta andai terasa,tapi inilah yang berlaku dalam typical malaysian office, tak dapat tidak kita 'ter'mengumpat/mendengar & menjoin orang mengumpat-aku pun dulu camtu...he he)

Perubahan positif yang aku alami bila tak bekerja ialah dari segi perbelanjaan. Dulu aku ni di kategorikan sebagai 'lebor tangan' kata arwah Opah aku, tak boleh ada duit dalam tangan, berbelanja sesuka hati. Maklumlah gaji hujung bulan berganti baru. Beli barang pun nak yang ada brand je, harga belakang kira (tapi xde la branded sgt cam Gucci, Coach & seangkatan dengannya). Groceries pun macam tu, takde nak bandingkan harga bagai, terus masuk cart. Sekarang ni lebih cermat. Beli pakaian aku & anak2 pun seadanya. Alhamdulillah.

Penampilan sekarang pulak gitu-gitu aje...sedang cuba untuk perbaiki penampilan agar lebih sederhana. Sekarang ni baru berfikir untuk apa aku beriya sangat, mungkin dulu aku suka orang puji kot or suka orang tengok aku kot.

Aku cuba tunaikan hak Allah yang dulu aku buat seala kadarnya saja. Alhamdulillah, hati ini lebih tenang. Banyak lagi nikmat yang Allah beri, tak terdaya untuk ku senaraikan. Panjang listnya.


Sekian, catatan hatiku...


Thursday 7 June 2012

Swedish meatball with Gravy & Mashed Potato & Cranberry Sauce

Assalamualaikum,

Menu berbuka hari ni. Pagi2 subuh dah siap buat meatball & gravy nya. Naik ke tengahari sikit baru buat mashed potatonya.


Resepinya kat bawah ni ye:

Untuk meatball

200 gm minced beef (saya guna Ramly)
1/2 biji bawang holland (diced)
1/2 biji telur yang dipukul ala2 manja
2-3 titik worcestershire sauce
sedikit serbuk jintan putih~cumin (hujung sudu)
sedikit black pepper
2 sudu besar butter
1 sudu olive oil

nota : resepi ni intai2 dari beberapa page setelah menggugel dari website omputeh macam cooks.com, simplyrecipe & foodchannel, most of the recipe kene letak breadcrumbs & parsley, saya abaikan 2 bahan ni sebab tak ada dalam stok dapur. Sila lah tambah ye kalau berminat!

Gaulkan bahan2 diatas & bulat2kan, panaskan pan dengan butter, campurkan sesudu olive oil (untuk elak minyak jadi hitam), susunkan meatball dgn cermat, jangan terlekat antara 1 dgn yang lain ye...

Bila agak dah menguning/coklat, balikkan meatball & biarkan sebelah lagi garing sikit2. Pindahkan ke dalam loyang & bakar lagi 5-8 minit @ 150 degee celcius.

Minyak/butter belen goreng meatball tadi jangan dibuang ye...nak buat gravynya. Panaskan pan minyak/butter, masukkan 2 sudu besar tepung gandum & kacau. Dalam 1 minit masukkan 1 1/2 cawan air, 1 ketul kiub daging, 1 helai bay leaf & 2-3 titik worcestershire sauce. Dashkan sedikit black pepper. Tak perlu letak garam ye sebab butter & worcestershire sauce tu dah masin. Didihkan guna api kecil sehingga agak pekat.

Untuk mashed potato pulak :

3 biji russet potato bersaiz besar
1 1/2 cawan susu segar
3 sudu butter
salt & pepper

Caranya : rebus kentang hingga empuk (saya potong 6 supaya cepat empuknya), Angkat & toskan, biarkan sejuk & mash kan.

Panaskan pan/periuk dengan butter, bila butter mencair masukkan susu segar, tunggu sehingga menggelegak, tambahkan sedikit saja garam & pepper. Bila dah menggelegak tu, kacau jgn bagi pecah minyak/susu dalam 2-3  minit. Tutup api. Tunggu agak2 suam barulah dicampurkan dengan mashed potato tadi.

Untuk cranberry sauce tu saya pakai yang dalam tin je (beli kat coldstorage). Campuran 3 sudu besar cranberry sauce & 1/4 cawan air panas.






Nacho Cheese with Pickled Jalapeno, Black Olive served with Guacomole & Tomato Salsa

Assalamualaikum,

Begitulah tajuk projek kami laki bini malam selasa lepas. Ni gara2 siang tu kami sekeluarga berjalan2 ke One Utama. Alang2 dah kesana, menyinggah le ke Coldstorage maka terbeli lah bahan2 yang selalunya tak ada kat pasaraya besar biasa.

Ini lah rupanya masakan itu ye :



Nacho Cheese & guacomole tu air tangan Incik Suami, selebih tu ai buat yuuu!

Cheese yang digunakan ialah mozzarella, parmesan & cheddar. Bakar lebih kurang 15 minit @ 180 degree celcius.


Oh ye...air tu ialah gabungan 2 biji pisang berangan, 5 sudu milo, 1/2 susu segar & ais, kiranya ice blended milo banana le...



Saturday 26 May 2012

Weekend datang lagi~Onion Ring & Chocolate Avocado Juice

Assalamualaikum,

Menu makan tengahari kami sekeluarga hari ini ialah quesadilla yang fillingnya ialah tomato & basil sauce, fried chicken nugget, turkey ham, caramelised onion, cheddar & mozzarella cheese. Cik Abang saya buatkan guacomole untuk dimakan bersama2 quesadilla tu tadi. Tapi takde gambar la yek....

Anyway, untuk hidangan sampingan, tangan ni terajin pulak buat onion ring dua perisa iaitu just salt & yang satu lagi with parmesan cheese.

OR with 'just salt' on the left & OR with parmesan cheese on the right

Bahan2nya :

3 biji bawang holland
2 cawan susu segar (sejuk)
3/4 cawan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Garam
Serbuk keju parmesan


Caranya :

Bawang holland dipotong bulat diambil bahagian luar yang berbentuk bulatan (belen isi bahagian dalam tadi saya buat caramelised onion untuk inti quesadilla...he he), rendamkan bawang dalam mangkuk berisi susu segar. Biarkan 5 minit.

Isikan tepung jagung kedalam pinggan & ambil sekeping bawang dan lumurkan/bedakkan dengan tepung jagung tadi. Susunkan dalam pinggan. Ulang langkah satu persatu sampai bawang habis. Biarkan selama 5-10 minit supaya bawang & batter mesra.

Panaskan minyak di dalam fryer (saya pakai periuk je), bila dah panas, bolehlah masukkan bawang yang telah dibedakkan tadi (masukkan 1 per satu ye!). Standby penapis, balik2kan bawang & angkat ke dalam penapis bila dah kekuningan & crunchy. Tabur garam ketika sedang panas untuk 'just salt' & untuk batch 1 lagi boleh taburkan dengan serbuk keju parmesan. Makan panas panas...!


Untuk minuman pulak saya sediakan chocolate avocado juice....Mmmmm yummy!



Bahan2 : for 2 servings

2 biji avocado (masak ranum)
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula (ni versi kurang manis ye...kalau agak2 nak manis lagi dipersilakan tambah)
3 cawan susu segar
Ais

Bancuh sebuk koko & gula dengan 1/2 cawan air panas. Masukkan isi avocado, susu segar, ais, esen vanilla & bancuhan koko kedalam blender & blendkan. Tuang dlm gelas & sedia dinikmati.

Cubalah ek!





Wednesday 23 May 2012

Chapatti with Dhall Gravy & Sambal Sardine mamak style

Assalamualaikum,

Selalunya bila Sunday kami sekeluarga termasuk parents-in-law membreakfastkan diri di Azhaar Maju yang terletak dekat dengan The Mines Shopping Centre, and apa yang best kat sini ialah sambal sardinnya. Setelah banyak kali rasa & godek2 bahan dlm piring sambal sardin tu, hari ni tibalah masanya untuk try & error.

Ini lah rupa sambal sardin hasil main masak-masak pagi tadi.



Sambal sardin yang kaler merah tu ye...


Sambal sardine mamak style tu di makan bersama kuah dhall & chapatti. Ok la kot, ada la rasa ala2 Azhaar Maju sikit2..he he


Resepinya:

1 tin kecik sardin (saya pakai marina)
1 biji bawang besar (hiris)
1/2 inci halia (mayang)
2 biji bawang putih (hiris)
10 helai daun kari
1 1/2 biji tomato yang masak ranum (dipotong ikot suka~saya potong 8)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya :

Tumis bawang besar, halia, bawang putih & daun kari. Bila dah agak wangi masukkan sardin beserta kuahnya sekali. Campurkan serbuk cili & serbuk jintan putih, kacau & masukkan pula tomato & tambah 1 1/2 cawan air. Tambah gula & garam. Let it simmer sampai kuah agak2 kering. Sedia dihidang.








Monday 21 May 2012

Terfikir Lagi

Assalamualaikum,

Pagi tadi tengok rancangan 'Pesan Atok' masa nak tidokan si kecik. Ustaz Dato' Abu Hassan Din menceritakan tentang hak-hak jiran. Alhamdulillah, dapat ilmu bermanfaat hari ni.

Tapikan, just terfikir...kenapa ek orang dulu2 rumahnya sebuah sebuah & jaraknya jauh antara satu sama lain, tapi 1 kampung kenal sesama sendiri?? Berbanding kita ni, kebanyakkannya tinggal sangat dekat, dinding bertemu dinding, & ada yang bercantum kiri kanan atas bawah, tapi tak berapa kenal jiran kita. Paling kuat kenal pun jiran yang betul2 sebelah kiri & kanan kita.

Hmmm..fikir...fikir...

Tuesday 15 May 2012

Terfikir Sejenak.....

Assalamualaikum

Hanya lintasan hatiku....

Pernah dengar Ustaz beritahu hidup akan lebih diberkati sebab tidak berhutang; Pernahkah kalian terfikir yang tok nenek moyang kita dulu bebas hutang, tidak berkereta & rumah pun buat sendiri. Cerai berai pun jarang sangat kita dengar. Tak seperti sekarang. Mungkinkah 'berhutang' itu salah satu faktornya? Iye, agak mustahil kita keluar dari kepompong hutang tapi cuba kita fikir dalam dalam....

Dan....pernah jugak terfikir zaman2 dulu, zaman tok nenek moyang kita, kes buang bayi kalau adapun amat jarang berlaku (mungkinlah, bukannya ada source pun nak refer statistiknya tapi aku yakin). Mungkin sebab orang dulu2 seawal 12, 13 tahun dah berkahwin, walaupun scientifically rahim tak berapa kuat lagi hence banyak baby yang mati dalam perut. Tapi sekurang2nya zina dapat dielakkan. Terfikir je...

Tuesday 1 May 2012

Chicken Quesadilla, Chicken & Pepper Wrap with Salsa & Guacamole

Assalamualaikum,

Weekend yang lepas terjumpa Avocado yang masak ranum kat Giant, maka mula lah berangan2 nak buat Alpokat Juice, minuman wajib try kalau kita berkunjung ke Indonesia. Teringat trip ke Bandung yang dikunjungi sampai 2 kali tahun lepas.

Ni gambarnya...Jus ni dinikmati pada Ahad lepas.



Bahan2nya (Untuk 2 gelas besar):

2 biji Avocado yang masak ranum
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 liter susu segar
Ais

Selalunya dihidangkan bersama choc syrup yang ditambah ke dalam gelas. Tapi dek kerana ke'rajin'an walaupun dlm fridge ada coklat masakan maka, saya ambik choc powder & boh atas jus tu. Mmm...mmg lemak berkrim....cubalah ye.

Disebabkan ada belen lagi 2 biji Avocado, maka Encik Suami teringin pulak nak buat guacomole. Di hari pekerja yang hening ini, maka inilah hasil kerjasama kami hari ini.

Chicken Quesadilla, Chicken & Pepper wrap with Tomato Salsa & Guacomole



Bahan2 untuk Chicken Quesadilla :

Wraps
Isi ayam di potong nipis
1/2 biji red bell pepper (capsicum)
1/2 biji Bawang Holland
2 keping Sliced Cheddar cheese
Mozzarella cheese
Sedikit Daun Ketumbar
Minyak untuk menumis
Black Pepper & Salt

Caranya :-

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, gorengkan isi ayam yang telah diperisakan dengan lada hitam & garam. Balik2kan, Bila agak2 masak masukkan bell pepper & bawang Holland. Stir lebih kurang 1 minit & tutup api.

Di atas kuali leper, ambil sekeping wrap & taburkan 1 cheddar cheese (carikkan kepada bahagian kecil), kemudian letakkan tumisan ayam, pepper & bawang tadi. Taburkan baki 1 cheddar cheese & Mozzarella Cheese. Disudahi dengan sekeping lagi wrap. Pasang Api & biarkan dlm 1 - 2 minit (ikot masing2 ye..jgn hangit udah). Kemudian terbalikkan & panaskan pulak sebelah lagi. Angkat, potong 4 & hidangkan.

Bahan2 Untuk Chicken & Pepper Wrap :

Intinya adalah belen tumisan ayam, pepper & bawang tadi cuma ditambah dengan lettuce & diwrapkan.

Bahan2 Tomato Salsa :

1 biji Tomato bersaiz bersar (tidak terlalu masak~buang biji & didadu)
1/2 biji bawang besar (didadu agak nipis)
2 biji limau nipis (diperah jusnya)
3 biji cili api (belah 2, buang biji & hiris nipis)
Sedikit daun ketumbar (dicincang)
Secubit crushed black pepper
Garam & gula

Gaul semua bahan & serve chill.

Bahan2 Guacamole (resepi & air tangan cik abang)

2 biji Avocado yang masak ranum
1 biji tomato yang masak ranum (dadu nipis)
1 biji bawang putih (cincang halus)
1 biji perahan limau nipis
1 pokok daun ketumbar (dicincang)
Garam & Black pepper

Caranya :- Mash kan Avocado & gaulkan semua bahan. Serve Chill

Inilah rupa 'wrap' tu.













Thursday 26 April 2012

Pasta Campak Campak

Assalamualaikum,

Hari ni saya berpuasa. Maka jadilah pasta yang dinamakan 'Pasta campak campak'

Oleh kerana masakan ini sangat simple maka terjadilah tajuk di atas.


Saya sertakan resepinya disini ye :

Bahan2 :

Pasta bentuk suka hati (direbus bersama garam-yg saya buat untuk 3 orang)
5 beef strips dipotong ikot suka hati juga (jangan terlalu kecil, tak terasa nanti)
3 ulas bawang putih (chopped)
2 sudu kecil italian herbs
1 sudu chilli flakes (saya guna 2 peket lebihan domino's mcm dlm gambar)
Sedikit lada hitam
Minyak zaitun
Serbuk parmesan cheese

Caranya :

Rebus pasta as per packet's instruction & perasakan dgn garam, toskan bila dah masak.
Di pan yang lain, gorengkan beef strips yang telah dipotong tanpa minyak. Balik balikkan sehingga garing & tutup api. Dengan segera, drizzle some olive oil & campakkan bawang putih, italian herbs, chilli flakes & secubit crushed black pepper. Kemudian campakkan pulak pasta & gaul, last sekali taburkan parmesan cheese.

nota : tak perlu letak garam sebab beef strips tu masin. Lagipun kita dah garamkan dulu pasta tu kan.

Tuesday 17 April 2012

Kuah dhall yang simple

Assalamualaikum,

Tak tau nak masak apa hari ni...end up buat benda ni ....


Buat benda ni pun sebab my eldest, Ilyas susah sikit nak makan. Tapi kalau roti canai, laju je dia. Memandangkan dalam freezer ada roti canai segera bila bukak2 peti ais memikirkan apa hidangan hari ni. Yup, saya malas nak masak nasik ari ni...hik hik

Anyway, bahan2nya:-

1 cawan kacang dhall
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji carrot
1/2 inci halia (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 1/2 sudu kecil biji sawi
10 helai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji cili kering (potong 2 atau 3)

Caranya : Rebus kacang dhall bersama serbuk kunyit dgn air dalam periuk. Agak2 dah nak empuk, masukkan carrot yg dah dipotong tadi. Di kuali yg lain, tumiskan semua bahan2 lain dgn sedikit minyak, bila dah garing & naik bau, tuangkan kedalam periuk kacang dhall tadi. Tambahkan garam & sedikit gula. (nota~merebus kacang dhall mmg agak lama nak empuk, ada la lebih kurang 45minit)


Selamat mencuba

Saturday 14 April 2012

Aku & masak ~ Nasi Mint & Ayam Tandoori bersama Raita Timun & Tomato

Assalamualaikum,

Lamanya tak menghapdet, hari2 dok mengadap facebook, ni le jadinya.

Anyway, hari ni kitorang ke Giant untuk beli barang dapor, maka kepala pon berlegar2 lah mereka2 nak masak apa, tetiba nak buat yg mcm tajuk diatas.



Resepinya :


Ayam tandoori


1/2 ekor ayam
3/4 cawan yogurt asli
1 sudu besar serbuk jintan putih (cumin)
1/2 biji perahan lemon
sedikit kunyit
serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit pewarna merah
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
garam

Caranya : campur semua bahan dalam 1 bekas & sebatikan, lumurkan pada ayam. Marinade sekurang2nya 3 jam dlm fridge. Bakar dgn suhu 180degree selama 35 minit (ikot size ayam masing2. ini potongan kecil)

Nasi Mint

2 pot nasi (masak nasi seperti biasa)
1 cawan daun pudina (dikisar)
1 biji cili api (dikisar)
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
Rempah 4 serangkai~kulit katu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
1 helai daun bay
garam
Butter untul menumis (guna minyak sapi lagi ok)

Caranya : Sejukkan nasi & ceraikan. Tumis rempah 4 serangkai dgn butter, bila naik bau masukkan halia & bawang putih yg ditumbuk, kacau sebentar & masukkan bawang holland & bay leaf. Bila agak dah lutsinar bawang holland tu, masukkan campuran daun pudina & cili api tadi & garam (jgn banyak sgt). Kacau2 dalam 1 minit & terus masukkan nasi. Gaul & tutup api. Kiranya macam buat nasik goreng la tapi perisa mint.

Raita Timun & Tomato

1 cawan yogurt asli
1/2 biji timun diumpil bijinya (potong ikot style masing2)
1/2 biji tomato dibuang bijinya (potong ikot suka masing2)
1/2 biji bawang besar (pun potong ikot style masing2)
1 sudu kecil jintan putih (cumin)
1 sudu besar daun ketumbar (chopped)
1 sudu besar daun pudina (chopped)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Caranya : Campurkan semua bahan dlm mangkuk kecuali timun, tomato & bawang besar. Kacau2 & sebatikan. Masukkan timun, tomato & bawang besar & gaul. Simpan dlm fridge


Cuba eh...!