Tuesday 3 July 2012

Chicken Varuval ~ Ayam Masak Kari Kering

Assalamualaikum,


Gelombang Masterchef Selebriti melanda! Tetiba teringin nak buat kari tanpa serbuk kari macam cabaran minggu lepas (yang Jehan keluar tu....hu hu!). Belek punya belek buku resepi koleksi tulisan tanganku, tetiba terjumpa resepi ni. Memang tak ingat ambil dari page mana resepi ni dulu. Tapi yang ingat ambil dari page omputeh.




Bahan-bahannya ialah :


1/2 ekor ayam yang dipotong kecil (garam kunyitkan & goreng)
Minyak masak untuk menumis
1 biji tomato ~ diced
1 biji bawang besar ~ kisar/tumbuk
5 ulas bawang putih ~ kisar/tumbuk
2 inci halia ~ kisar/tumbuk
10 tangkai cili kering ~ kisar (Agak kemalasan merebus & blender, maka saya ganti dengan 2 sudu chilli flakes)
3/4 cawan air
Rempah 4 sekawan (Kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
Crushed black pepper 
Garam


Bahan digoreng/tumis 


5 biji cili kering ~ potong 2/3
8-10 biji bawang kecil ~ hiris
5 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
Sedikit minyak untuk menumis



Bahan pes kari

2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
sedikit air untuk membancuh


Caranya :


Tumis bahan yang digoreng dengan minyak dimulakan dengan bawang merah, bila agak kekuningan masukkan cili kering & daun kari, diikuti dengan jintan putih/manis. Bila dah brown sikit2 bawang merah tu bolehlah diangkat. Make sure jintan2 tu tak hangit ye.


Tumiskan rempah 4 serangkai diikuti dengan cili kering, bawang putih, bawang besar & halia yang dikisar tadi. (disebabkan pakai chilli flakes, maka saya kemudiankan chilli flakes tu), bila dah garing masukkan pes kari & kacau2 sehingga pecah minyak. Masukkan air & tomato & biarkan & kacau sekali sekala sehingga agak kering. Tambahkan garam & lada hita. Bila dah mengering boleh masukkan ayam & bahan gorengan tadi (bwg merah/cili kering/daun kari). Kacau2 & terus tutup api.


Sedia dihidang.


Nota : Yang saya buat semalam agak basah kerana dok ralit2 masak tengok jam dah pukul 12  lebih, maka masak dengan segera sebab nak ambil anak2 balik dari sekolah, maka rempah saya x berapa masak/pecah minyak & garing. Kalau boleh, garingkan lagi baru sedap...:)



2 comments: