Thursday, 26 April 2012

Pasta Campak Campak

Assalamualaikum,

Hari ni saya berpuasa. Maka jadilah pasta yang dinamakan 'Pasta campak campak'

Oleh kerana masakan ini sangat simple maka terjadilah tajuk di atas.


Saya sertakan resepinya disini ye :

Bahan2 :

Pasta bentuk suka hati (direbus bersama garam-yg saya buat untuk 3 orang)
5 beef strips dipotong ikot suka hati juga (jangan terlalu kecil, tak terasa nanti)
3 ulas bawang putih (chopped)
2 sudu kecil italian herbs
1 sudu chilli flakes (saya guna 2 peket lebihan domino's mcm dlm gambar)
Sedikit lada hitam
Minyak zaitun
Serbuk parmesan cheese

Caranya :

Rebus pasta as per packet's instruction & perasakan dgn garam, toskan bila dah masak.
Di pan yang lain, gorengkan beef strips yang telah dipotong tanpa minyak. Balik balikkan sehingga garing & tutup api. Dengan segera, drizzle some olive oil & campakkan bawang putih, italian herbs, chilli flakes & secubit crushed black pepper. Kemudian campakkan pulak pasta & gaul, last sekali taburkan parmesan cheese.

nota : tak perlu letak garam sebab beef strips tu masin. Lagipun kita dah garamkan dulu pasta tu kan.

Tuesday, 17 April 2012

Kuah dhall yang simple

Assalamualaikum,

Tak tau nak masak apa hari ni...end up buat benda ni ....


Buat benda ni pun sebab my eldest, Ilyas susah sikit nak makan. Tapi kalau roti canai, laju je dia. Memandangkan dalam freezer ada roti canai segera bila bukak2 peti ais memikirkan apa hidangan hari ni. Yup, saya malas nak masak nasik ari ni...hik hik

Anyway, bahan2nya:-

1 cawan kacang dhall
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji carrot
1/2 inci halia (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 1/2 sudu kecil biji sawi
10 helai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji cili kering (potong 2 atau 3)

Caranya : Rebus kacang dhall bersama serbuk kunyit dgn air dalam periuk. Agak2 dah nak empuk, masukkan carrot yg dah dipotong tadi. Di kuali yg lain, tumiskan semua bahan2 lain dgn sedikit minyak, bila dah garing & naik bau, tuangkan kedalam periuk kacang dhall tadi. Tambahkan garam & sedikit gula. (nota~merebus kacang dhall mmg agak lama nak empuk, ada la lebih kurang 45minit)


Selamat mencuba

Saturday, 14 April 2012

Aku & masak ~ Nasi Mint & Ayam Tandoori bersama Raita Timun & Tomato

Assalamualaikum,

Lamanya tak menghapdet, hari2 dok mengadap facebook, ni le jadinya.

Anyway, hari ni kitorang ke Giant untuk beli barang dapor, maka kepala pon berlegar2 lah mereka2 nak masak apa, tetiba nak buat yg mcm tajuk diatas.



Resepinya :


Ayam tandoori


1/2 ekor ayam
3/4 cawan yogurt asli
1 sudu besar serbuk jintan putih (cumin)
1/2 biji perahan lemon
sedikit kunyit
serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit pewarna merah
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
garam

Caranya : campur semua bahan dalam 1 bekas & sebatikan, lumurkan pada ayam. Marinade sekurang2nya 3 jam dlm fridge. Bakar dgn suhu 180degree selama 35 minit (ikot size ayam masing2. ini potongan kecil)

Nasi Mint

2 pot nasi (masak nasi seperti biasa)
1 cawan daun pudina (dikisar)
1 biji cili api (dikisar)
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
Rempah 4 serangkai~kulit katu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
1 helai daun bay
garam
Butter untul menumis (guna minyak sapi lagi ok)

Caranya : Sejukkan nasi & ceraikan. Tumis rempah 4 serangkai dgn butter, bila naik bau masukkan halia & bawang putih yg ditumbuk, kacau sebentar & masukkan bawang holland & bay leaf. Bila agak dah lutsinar bawang holland tu, masukkan campuran daun pudina & cili api tadi & garam (jgn banyak sgt). Kacau2 dalam 1 minit & terus masukkan nasi. Gaul & tutup api. Kiranya macam buat nasik goreng la tapi perisa mint.

Raita Timun & Tomato

1 cawan yogurt asli
1/2 biji timun diumpil bijinya (potong ikot style masing2)
1/2 biji tomato dibuang bijinya (potong ikot suka masing2)
1/2 biji bawang besar (pun potong ikot style masing2)
1 sudu kecil jintan putih (cumin)
1 sudu besar daun ketumbar (chopped)
1 sudu besar daun pudina (chopped)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Caranya : Campurkan semua bahan dlm mangkuk kecuali timun, tomato & bawang besar. Kacau2 & sebatikan. Masukkan timun, tomato & bawang besar & gaul. Simpan dlm fridge


Cuba eh...!




Thursday, 8 December 2011

ILMU YANG AKU DAPAT HARI INI

Ustazah Noorhafizah Musa : Memang aku tunggu2 kalau Ustazah ni yang bagi ceramah dalam Tanyalah Ustazah, memang terkesan & tercuit jugak hati dengan perkongsian ilmunya.
Nak share sedikit penjelasan beliau dalam Tanyalah Ustazah tadi. Tajuk yang dibincangkan ialah ‘Akhlak Terpuji’.

Antara perkongsian ilmunya tadi (Menjawab soalan penanya tentang akhlak remaja) ialah tentang hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah Taala jika Dia menghancurkan seorang hamba, nescaya Allah cabut rasa malunya. Jika telah dicabut rasa malunya, kamu tidak menjumpainya melainkan dia telah membenci dan dibenci orang, lalu dicabut amanah dalam dirinya. Jika dicabut amanah darinya kamu tidak akan menjumpainya melainkan dia akan berkhianat dan dikhianat. Jika sudah begitu kemudian dicabut kasih sayang dari dirinya, jika sudah begitu kamu tidak menjumpainya melainkan dia dilaknat dan dikutuk, jika sudah begitu maka dicabutlah ikatan keislamannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kata Ustazah, jangan sampai anak2 kita tergolong dalam hadis diatas, huraiannya seperti berikut:-
“Sesungguhnya Allah Taala jika Dia menghancurkan seorang hamba, nescaya Allah cabut rasa malunya  :  
Bila malu dah hilang mulalah anak2 perempuan kita tak malu menghantar sms gambar2 seksi kepada pakwe2nya, tak malu berdua2an di taman2 & bermaksiat.

Jika telah dicabut rasa malunya, kamu tidak menjumpainya melainkan dia telah membenci dan dibenci orang, lalu dicabut amanah dalam dirinya:
Lepas tu mula lah anak2 ini benci kat orang tua dia, tengok muka orang tua dia pun menyampah sangat  & orang tua dia pun benci & bengang dengan perangai anaknya.  Anak2 ini jadi tak amanah selamba je bagitau mak bapak diorang dia pegi sekolah/tuisyen, padahal berdating.

Jika dicabut amanah darinya kamu tidak akan menjumpainya melainkan dia akan berkhianat dan dikhianat
Maka mulalah dia mengkhianatik agama & orang tuanya dengan berzina.

Jika sudah begitu kemudian dicabut kasih sayang dari dirinya, jika sudah begitu kamu tidak menjumpainya melainkan dia dilaknat dan dikutuk, jika sudah begitu maka dicabutlah ikatan keislamannya.”

Bila dah mengandung hilang kasih saying sampai sanggup gugurkan kandungan atau buang baby merata2…dan part yang last tu paling kita takut yakni ‘jika sudah begitu maka dicabutlah ikatan keislamannya.”

Sounds familiar?? Rentetan peristiwa diatas bukanlah cerita yang dibuat2, tetapi realiti kehidupan. Semoga kita semua mendapat petunjuk & jauhkan diri & anak2 kita daripada golongan diatas.

Tuesday, 29 November 2011

KAHWIN...KAHWIN..KAHWIN...

Bukan aku...aku dah kawin pun. Iyelah...sekarang ni memang musim wedding, asal weekend je wedding, asal wedding je weekend!..he he

Cuma memandangkan umur aku ni dah lanjut (ye ke??) maka aku berpeluang menghadiri majlis-majlis perkahwinan 3 dekad lamanya & banyak perubahan dari zaman aku kecik2 sampai sekarang ni.

Majlis kawin dulu vs sekarang:)

Bunga telur dulu-dulu

Macam2 pesen bunga telur dulu2, ada yang pakai benang kait (kait kat bekas sumi jelly), bunga dip & tabur gold dust, bunga pakai tin terpakai, siap cat tangan lagi, bunga buat dari sekuin & manik dan macam2 lagi dan yang paling meriah ialah sedara mara & jiran2 berkumpul sama2 siapkan bunga telur tu. Yang pentingnya memang orang dulu ni kreatif2 belaka.

Bunga telur sekarang

Beli je...buat syarat letak kat pelamin.

Doorgift dulu

Telur rebus je, pastu letak dalam plastik 4 segi yang 2 kaler tu pastu stapler kat hujung dia. Bila dah stapler jadi 3 segi. Tak pun pakai kertas tisu je, letak telur tengah2 pastu bungkus hujung dia dipintalkan, harus malam sebelum nak kawin tu anak2 dara sibuk duduk selonggok nak siapkan telur ni. Kalau ada yang berbajet sikit bunga telur dia pakai mengkuang yang dianyam siap bertangkai, kiut je, tak pun pakai anyam plastik biasanya 2 kaler, pesen ikan pun ada. Yang bestnya kecik, besar, tua, muda semua dapat telur. Pemandangan biasa dalam majlis tu..kulit telur bersepah2. he he

Doorgift sekarang

Tak sah la kan kalau takde paper bag. Boleh isi macam2 kat dalam tu daripada gula2, wajik, cup cake sampai ke kerongsang, waima surah Yassin pun boleh letak dalam tu.

Hidangan dulu

Bestnya bila ingatkan zaman dulu, makan berhidang dan biasanya buat gotong-royong atau rewang. Sekampung makcik2 datang bawak pisau dari rumah,  potong bawang ramai2. Yang pakcik2 pulak sibuk siapkan bahagian luar rumah contohnya buat khemah masak dll. Anak2 muda pulak jadi penanggah, dari tukang jaga air, sediakan hidangan sampailah membasuh pinggan. Tuan rumah biasanya sediakan bertin-tin kudap-kudapan macam rempeyek, peneram (telinga hindu), kerepek pisang untuk tukang2 rewang ni. Harus kena bagi sorang satu tuala 'good morning' kat tukang2 rewang, & kena sediakan berkarton2 rokok jugak.

Hidangan sekarang

Order je, no hassle. Lagi pun as time goes by, most of the ibu2 sibuk bekerja, siapa nak tolong kupas bawang, blender cili & sebagainya ye tak?? 
Senario biasa ialah a'la buffet...makan hidang pun ade jugak tapi kat meja VVIP la, selalunya dikhaskan untuk rombongan pengantin.

Pengantin dulu

Pengantin lelaki wajib pakai spek itam, yang pompuannya sanggul tinggi/besar dan macam2 pesen cucuk sanggul (gedik2 cucuk sanggul tu bila si pengantin pompuan jalan, suka tengok!). Set pakaian pengantin biasanya set songket atau baldu. Pakai coat & gown pun ada. Yang peting gaun mesti kembang bawah & kembang kat lengan. Pasangan pengantin jalan mak aih...mengalahkan siput, lambat giler, sopan tak hengat. Tapi yang aku noticed budak dulu2 macam jakun giler la nak tengok pengantin (aku le tu...!) Lagi satu bebudak excited sebab dah tau lepas sanding ade upacara rebut gula2..yeayyy!

Pengantin sekarang

Macam2 pesen dah sekarang ni, cantik2 belaka...sponsored pun ada. Sekarang ni ramai Pak Andam dari Mak Andam, kalau ada mak andam pun yang muda2 bukan macam dulu...otai punya Mak Andam.

Banyak lagi sebenarnya kenangan mengusik jiwa majlis perkahwinan dulu2 ni, banyak2 tulis kang nak muntah pulak baca..he he

Wassalam

Monday, 28 November 2011

Isn't He Charming??!!


Yusuf Zulkarnain..Anak ke2 ku.
Asal makan je tido...asal tido je makan..! :)

Aku dan Lelaki-lelaki itu....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah LELAKI itu suamiku,
Alhamdulillah LELAKI itu anak-anakku,
Aku dikelilingi LELAKI LELAKI itu, aku bersyukur, Alhamdulillah

Chewah, konon la tu...
Anyway kepingin jugak anak pompuan...